
Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang
bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak
jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan
merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke
kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal
keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang
kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet.
Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang pertama. Siri kartun tersebut direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd. 1993-1996. Siri ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menjadi
siri animasi pertama di tv Malaysia, melatih dan mengembangkan
bakat-bakat pelukis yang dicungkil dari seluruh negara dalam beberapa
siri jelajah temuduga. Karyawan animasi Usop Sontorian adalah seramai 94
orang pada penghujung 1996. Siri ini telah dirasmikan pelancarannya
oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat pada 20 Januari 1996 di
PWTC. Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan
hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi
Asia ( Hiroshima )pada Jun 1996. Kini, Usop Sontorian berlegar di
seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antaranya, Usop Dan Kawan-Kawan,
Adventures Of Usop dan Usop And Geng.Byk lg cerita2 lain yg sy minat contohnya kampung boy, power rangers, yokies, dragon ballz, sailormoon, doraemon dan sbgainya..
No comments:
Post a Comment