Salam..nak kongsi sikit..sy selalu dgr org kata kalau tak nak cpt nyanyuk atau jd pelupa kena muhasabah diri dulu sebelum tidur..bila dah baring atas katil tu ingat balik apa yg kita buat sepanjang hari tu...kmudian buat penilaian sama ada apa yg kita lakukan seharian tu betul ke salah..kalau betul teruskanlah untuk hari2 seterusnya tapi kalau salah kita perlu ubah dan beritahu pd diri sendiri supaya jgn buat lg...'main thing' kat sini ialah kita sebagai umat Islam perlu cuba utk menjadi umat yg lebih baik dr semasa ke semasa...oklah kat bwh ni ada sedikit info tambahan yg sy dpt dr laman web...teruskan membaca :)...Wasalam ^_^
Muhasabah adalah perilaku bagi
menghitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang
manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai
mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah
dilakukan yang boleh menjadi pengalang untuk mandapat keredhaan dari
Allah Taala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak).
(Riwayat al-Tarmizi).
Sesiapa
yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan
masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil. Menyibukkan
diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia
akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang
dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada
kekuasaanNya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati
jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan?
Berkata as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie:
Daripada takut akan timbulnya muhasabahDaripada muhasabah timbulnya muraqabahDaripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala.
(Kitab: al-Burhan al-Muayyad).
Secara
tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab
terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui
muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah
Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada
Allah Taala apabila telah sampai waktunya.
Firman Allah Taala bermaksud:
Setiap yang berjiwa (yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunai itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
(Surah ali-Imran: Ayat 185).
Di
dalam kesibukkan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa
juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara
seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam.
Firman Allah Taala bermaksud:
Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu.
(Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar.
(Surah at-Taubah: Ayat 119).
Adapun
golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan
pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka beriman di dalam perjalanan
musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas.
Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah
Taala pada setiap masa.
Firman Allah Taala bermaksud:
Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa.
(surah al-Qamar: Ayat 55).
Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:
Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas.
(Kitab: Qawaid al-Tasawuf).
Demikianlah
pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah
yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah
melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar
kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelamahan diri sebelum diri kita
menemui ajal.
Berkata Saidina Umar al-Khattab:
Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang.
(Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).
No comments:
Post a Comment