Thursday, 7 June 2012

Buang angin atau pun kentut?? :P


 
1. Dari mana asal kentut? Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

2. Apa komposisi kentut? Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diaserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk? Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda.. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.

4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi? Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas.

5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi? Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)

6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari? Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur? Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain? Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.

9. Apakah setiap orang kentut? Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.

10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan? Tidak ada kaitannya dengan gender... Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.

11. Saat apa biasanya orang kentut? Pagi hari di toilet. yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.

12.. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut? Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut? Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).

14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang? Tidak... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.

15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan? Bukan..tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor..Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga.. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.

16. Mungkinkah kentut terbakar? Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.

17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut? Jangan mengada-ada. .. konsistensinya lain.. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.

18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk? Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau.

19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut? Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

20. Apakah warna kentut? Tidak berwarna.

21. Apakah kentut itu asid atau neutral? Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus? Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya.

Wallahu`alam

cerita kartun dulu2


Assalamualaikum..siapa pernah tgok cerita usop sontorian..kalau knak2 zaman sy dulu mesti pernah tgok kan..'best' sgt cerita dia..dulu zman kegemilangan cerita tu lah..sy paling minat cerita tu..mlm2 pkul 7 mesti sy duduk dpn tv tgok cerita ni..RTM yg siarkan cerita ni tp xpasti siaran 1 ke 2..bg yg xtahu atau mungkin x ingat, mari sni sy ingatkn hehe...ini ada sdikit sinopsis cerita ni..

Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet.
Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang pertama. Siri kartun tersebut direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd. 1993-1996. Siri ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menjadi siri animasi pertama di tv Malaysia, melatih dan mengembangkan bakat-bakat pelukis yang dicungkil dari seluruh negara dalam beberapa siri jelajah temuduga. Karyawan animasi Usop Sontorian adalah seramai 94 orang pada penghujung 1996. Siri ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat pada 20 Januari 1996 di PWTC. Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia ( Hiroshima )pada Jun 1996. Kini, Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antaranya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng.

Byk lg cerita2 lain yg sy minat contohnya kampung boy, power rangers, yokies, dragon ballz, sailormoon, doraemon dan sbgainya..
                               

                                       

                            

Wednesday, 30 May 2012

Jangka Hayat Kucing ^_^

Assalamualaikum...
Pernahkah kamu tertanya-tanya berapa lamakah jangka hayat seekor kucing? Kebanyakan kucing hidup selama 11 hingga 12 tahun. Tetapi kucing yang hidup dan di pelihara dalam rumah, biasanya boleh menjangkau sehingga 16 tahun dan 20 tahun.

Manakala kucing yang terbiar seperti di tepi-tepi jalan hanya boleh menjangkau selama 4 hingga 8 tahun sahaja. Apa yang menyedihkan lagi kucing yang terbiar ini mati akibat tidak mendapat penjagaan yang sempurna dan nutrisi yang sepatutnya.Bayangkan sahaja berjuta-juta anak kucing yang lahir dari induk yang terbiar. Bagaimanakah nasib anak-anak kucing itu. Walhal sepatutnya umur yang begitu kecil sepatutnya mendapat penjagaan yang sempurna tetapi banyak pula yang mati akibat dari tidak mampu mencari makanan sendiri ataupun dilanggar kenderaan.

Tetapi apakah hal dengan kucing yang dipelihara tetapi di biarkan berkeliaran di luar rumah? Biasanya kucing seperti ini jangka hayat mereka lebih lama jika di bandingkan dengan kucing liar. Ini kerana walaupun kucing ini berkeliaran tetapi makan minum masih terjaga. Cuma kucing seperti ini mempunyai risiko mati akibat dari jangkitan kuman daripada kucing-kucing liar yang lain serta risiko mati dilanggar kenderaan. Seperti kucing-kucing saya sebelum ini, walaupun mereka dijaga dan diberi makanan tetapi disebabkan rumah saya di tepi jalan raya, maka risiko mereka untuk mati adalah tinggi.

Pelik jangka hayat kucing lebih cepat berbanding dengan manusia. Kucing yang beumur 1 tahun bersamaan dengan 6 tahun umur manusia. Jadi bererti jika umur kucing 10 tahun sama dengan 60 tahun umur manusia.



Tidak kisahlah berapa beza umur dan jangka hayatnya. Apa yang penting kita sudah memberikan rawatan dan perlindungan yang terbaik kepada si comel kita.Wasalam ^_^

Sunday, 27 May 2012

Tekanan hmm :(


Assalamualaikum..sejak akhir2 ni sy rasa sgt ttekan..mungkin krn tlalu byk tugasan yg perlu disiapkan & mungkin disebabkn mslh2 peribadi yg lain..bila ttekan ni rasa nk mrh org je..pdhal org tu tak bsalah tp dia pula yg jd mgsa keadaan..sy nk minta mf kt sni trutamanya pd kwn2 sy iaitu nur izzati, nor ain syuhada & sharifah nadia.. hrap sgt korang semua baca apa yg Hena tulis ni & harap korang dpt maafkan segala dosa2 Hena slama ni...maaf ye kwn2 ;(..maaf tak dpt jd kwn tbaik utk korang..


Em ni ada sdikit sbyk 'tips' utk hilangkan tekanan..utk dibaca bsama ^_^..

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Selain itu kita juga akan diangkat darjat dan dicintai Allah.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu: Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Maka Baginda saw pun bersabda: Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya) (Hadis riwayat Muslim) Firman Allah: Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang bersih (Al-baqarah : 222)

2) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan. Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu belajar akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa bersama rakan atau keluarga pergi beriadah. Ikatan persahabatan dan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh. Islam menganjurkan kita mempelajari berenang, melimpar panah, menunggang kuda dan sebagainya.
Al Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengelilingi para sahabatnya dalam kumpulan-kumpulan melimpar panah seraya mengalakkan mereka katanya `Limparlah kamu dan aku juga akan menyertai kamu sekalian Rasulullah bersabda `Allah lebih menyayangi orang Mukmin yang kuat dari orang Mukmin yang lemah Pepatah Arab yang berbunyi 'Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat'

3) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an. Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
Hazrat Abu Sa'id r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Allah Taala berfirman, Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiku dan berdoa kepadaku kerana sibuk dengan al-quran maka aku akan mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaku. Ketinggian perkataan Allah Taala ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah Taala ke atas segala makhluk (ciptaanNya) . (Hadis riwayat Tirmizi, Darimi, dan Baihaqi) "Sesungguhnya al-Quran ini adalah tali Allah yang kukuh, ia cahaya Allah yang menyinar, ia pengubat yang mujarab, selamat sesiapa yang berpegang dengannya dan berjaya sesiapa yang mengikutinya (berittiba' dengannya)".

4) Amal diet dengan disiplin yang kuat. Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu belajar. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis. Fakta Sains menyatakan: Tekanan dapat mengurangi vitamin B dari tubuh dan mengurangi penyerapan nutrisi vital. Menjadi penting untuk memastikan makanan memiliki diet yang seimbang. Memakan makanan yang betul dan menjaga diet seimbang dapat menolong mengurangi tekanan dan mendorong lebih banyak tenaga. Cuba untuk membuat waktu makan menjadi tenang dan santai. 

5) Banyakkan Solat Sunat. Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah. "Dan pada sebahagian malam dirikanlah solat sebagai solat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu akan meletakkan engkau di suatu tempat yang terpuji." (Surah al-Israk : 79)

6) Hargai kebolehan diri sendiri. Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu belajar atau bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
Petikan kata-kata motivasi Dr Fadzilah Kamsah: Yakin diri bermaksud kita ada kawalan penuh terhadap semua yang kita cakap dan semua yang kita buat. Untuk membina sikap yakin diri, terlebih dahulu: Anda kena berlatih mengawal perbuatan anda dan mengawal percakapan anda. Fikir dulu sebelum buat, fikir dulu sebelum cakap. Masalah tidak yakin diri akan mula timbul bila anda bercakap tergagap-gagap, teragak-agak, cakap main lepas dan anda dikawal oleh emosi. Anda akan mula mendapat kawalan penuh pada percakapan dan perbuatan apabila anda selalu bertenang. Elak untuk membiasakan diri mempamer air muka yang tegang, yang stress, yang 'blur' atau yang bingung. Itu petanda emosi menguasai anda, bukan anda yang menguasai emosi. Biar kita nampak 'cool' dan tenang-tenang saja, barulah keyakinan diri kita ada dan kekal lama. Ketenangan ambil sedikit masa untuk dikuasai, namun ia boleh dikuasai melalu latihan berterusan juga lakonan berterusan. Lakonan bagaimana? Berlakon menjadi orang yang tenang saja, tenang setenang-tenangnya. Jika sebelum ni anda orang yang tak yakin, bahkan tidak ada keyakinan, lakukan latihan ketenangan diri. Pejamkan mata untuk seketika, bernafas perlahan-lahan dan diamkan diri seketika. Amalkan setiap hari, supaya anda merasa tenang selalu, lantas membangkitkan sikap yakin diri. Orang yang kita nampak yakin, biasanya tenang-tenang saja. Program minda/cuci minda. Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya. Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan. Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

7) Selalu berdoa kepada Allah. Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang kemahuan tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
Dan Tuhanmu telah berfirman, Berdoalah kepada Ku, Aku akan perkenankan untukmu. (Surah al-Mukmin: 60) Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (katakanlah) bahawasanya Aku ini sangat dekat, Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu (Surah al-Baqarah: 186)

8) Cintai diri sendiri. "Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu dalam situasi memahami dan menyintai orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang terbaik. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Senyuman itu umpama pemakai wangian yang bukan hanya si pemakainya sahaja yang harum, namun keharuman itu turut dirasai orang sekitarnya. Kepentingan cinta kepada diri sendiri mendorong seseorang untuk menjaga dan menghargai diri sendiri, mengambil berat terhadap kesihatan dan mengambil berat terhadap kesejahteraan jasmani dan rohani. Cinta jasmani mendorong seseorang sentiasa menjaga diri, menjaga kebersihan, mengambil pemakanan secara seimbang, mengambil berat terhadap keperluan pemakanan halal dan baik, merawat ketika sakit dan sentiasa berikhtiar untuk mencari ubat apabila menghidap penyakit. Cinta rohani membangkitkan rasa yakin dan ingin mendekati Al-Khaliq yang mana segala apa sesuatu di bawah kendalian-Nya.
Rasulullah bersabda dengan bermaksud: Tiga sifat sesiapa yang memilikinya akan merasakan kelazatan iman iaitu jika ia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain. Jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah dan jika ia enggan kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia enggan dimasukkan ke dalam neraka Mutafakun alaih.

9) Mengadu hanya kepada Allah. Mungkin tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati kadangkala boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain, hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Bagaimanapun langkah terbaik sebagai Muslim ialah bersabar dan mengharap Allah semata-mata. Firman Allah swt 'Orang2 bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain. dan Allah mencintai org yg berbuat kebaikkan' (Al-imran:134) 'Orang2 yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah, hati itu akan menjadi tenteram.' (Ar-Ra'd:28) Nabi SAW bersabda bermaksud : '
sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari' (hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi) 'tidak ada seseorang hamba menahan marah kerana Allah SWT melainkan Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan' (hadith riwayat Abu Daud)

10) Bersangka baik dengan Allah. Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Yakinlah yang ianya adalah kesilapan dari kita sendiri. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah lagi (bakhil kedekut); apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan pabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut." (Al-Maarij:19- 21) Allah berfirman: Aku sentiasa bersama apa yang disangkakan oleh hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia berzikir dalam dirinya Aku akan mengingatinya seperti itu juga. Jika dia berzikir di khalayak ramai, Aku akan mengingatinya di khalayak yang lebih baik dari itu. Jika dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari-lari anak. (Al-Bukhari) 'Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu. Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.

Dan ni ada sedikit doa utk hilangkan tekanan..
Bukan saja untuk hilangkan tekanan belajar malah doa ini adalah umum, segala jenis tekanan. Cuma perlu diingatkan, berdoa dengan penuh mengharap dan anda sendiri faham maksud doa tersebut. Allah dah nyatakan, mintalah dan Dia akan makbulkan. Yang penting, jangan putus berdoa.



sekian wasalam.. ^_^

Saturday, 19 May 2012

khasiat penuh wlaupun hanya air kosong

Assalamualaikum...Bukan semua orang tahu akan kepentingan air kepada manusia. Manusia mampu bertahan tanpa makanan selama 30 hari, tetapi dengan kekurangan air selama tiga hari sahaja, ia boleh membawa maut. Manusia memerlukan air kerana kebaikannya, ia amat penting bg memastikan tubuh seseorang itu dapat berfungsi dgn baik. Jangan hanya minum kerana dahaga, amalkan meminum air kosong selalu kerana anda akan dapat melihat hasilnya dalam masa beberapa bulan. Bukan sahaja tubuh lebih bertenaga, bahkan kesihatan anda juga terjamin.

Kepentingan minum air kosong

  1. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih terpelihara dan jantung befungsi secara berkesan.
  2. Air berfungsi untuk membawa keluar semua toksin yang ada dalam tubuh manusia.
  3. Air baik untuk sendi.
  4. Minum air dalam kuantiti yang banyak kerana manusia mmerlukan paling kurang 3 liter air stiap hari serta ia membawa kesan yang baik kepada kesihatan manusia.
  5. Amalan meminum air akan membawa keluar segala kekotoran dalam tubuh manusia.
  6. Air kosong amat menyihatkan kerana tidak mengandungi kalori, gula, atau lemak.
  7. Minum banyak air dapat menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan ginjal.
buat pengetahuan semua, menurut kajian yang dijalankan, ramai orang yang mahu sihat tetapi tidak mengamalkan meminum air kosong malah lebih rajin mengambil minuman seperti kopi, teh dan minuman berkarbonat. Tahukah anda,minuman ringan atau bergula tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat di dalam air kosong? Sari buah-buahan juga tidak mampu membersihkan kotoran dalam badan anda sehebat air kosong. Jadi, bg sesiapa yg ingin diet cubalah cra diet di bwh ^_^..

Sihatnya ! Berdiet dengan air
  1. Bagi anda yang sedang berdiet, meminum air kosong adalah lebih baik berbanding pengambilan minuman untuk menguruskan badan atau minuman rendah kalori yang terdapat di pasaran.
  2. Minumlah dua atau tiga gelas air hangat sebelum makan kerana ia akan mengenyangkan perut, sekaligus membantu anda mengurangkan pengambilan makanan.
  3. Minumlah lapan gelas air kosong dalam sehari bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga.
  4. Air kosong yang paling baik adalah air yang tidak terlalu panas atau tidak terlalu sejuk.

Sebab Musabab Kucing Makan Rumput

Assalamualaikum...pernah tak kamu semua lihat atau tnampak kucing mkn rumput??mungkin siapa yg bela kucing pernah nmpk kucing ni mkn kucing kan??pernah tak tdetik dlm benak kamu semua kenapa kucing mkn rumput sedangkan masa kita bljar sains kat sekolah cikgu ajar kucing ni adlh sjenis haiwan karnivor yg hanya mkn daging shaja??kat sni sy sediakan jwpnnya..

1) sebab pertama ialah apabila kucing mkn rumput, ia akan mengakibatkn keracunan atau sakit perut jd racun atau sakit yg ada dlm perut atau bdnnya dpt dikeluarkan kerana ia mengalami mslh pencernaan dlm saluran perut. yg mana ada kucing tu cuba buat pmerhatian, lepas kucing mkn rumput, ia akn senyap tidak bgerak bberapa saat kemudian akn merasa mual sprti keracunan mknan & memuntahkn sesuatu.


 2) seterusnya ialah untuk memuntahkn semula gumapalan bulu atau 'hairball'.bulu jika tertelan & tak dikeluarkan amat bhaya utk ksihatan kucing & boleh mengakibatkan radang pd intestine kucing tsebut. Hal ini kerana kucing adalah haiwan yang pembersih, jadi mereka selalu berusaha membersihkan bulunya setiap waktu dengan menjilat bulunya. Disebabkan permukaan lidah kucing yang kasar, banyak bulu yang mati atau gugur tersangkut pada lidah. Jadi, untuk menghindari hairball sebaiknya sikat bulu kucing tu, (boleh beli di petshop) bagi mengurangkan kuantiti bulu gugur yang ditelan.


3)akhir sekali, oleh krana kucing adlh haiwan karnivor di mna kucing biasanya mkn daging dan ikan ttpi kucing juga sperti mnusia mmerlukan kseimbangan bdn sperti kalsium, protein & sbagainya. Oleh itu, kadg2 kucing mkn rumput adlh utk mnambah serat dlm bdn. kucing pun pndai tau :D.

Nasihat utk kita bsama, bg yg memelihara kucing di dalam rumah, sebaiknya anda menanam rumput didalam pasu supaya kucing anda boleh makan dan memuntahkan hairball tersebut. Jika tiada rumput, kucing ini akan memakan tanaman lain yang mungkin merbahaya kepada mereka kerana sesetengah tumbuhan beracun kepada kucing. Contoh sperti gmbr di bwh :

                                       




p/s: bagi yang tinggal di appartment, anda boleh dapatkan Catit Cat Grass dengan harga RM39.90 sahaja. Jadi  tak perlu susah-susah membawa kucing anda keluar dari rumah.
Sekian wasalam ^_^

Monday, 14 May 2012

nasi lemak oh nasi lemak

Assalamualaikum...nak cerita sikit..hari ini bsamaan 14 Mei, sy dah mkn 4 nasi lemak...huhu blemak-lemak lah bdn sy lpas ni..mulanya srpan pg td sy mkn nsi lemak di kdai nyonya colors di mid valley...tp tu normal lah kan srpn dgn nsi lemak...lpas tu sy 'tapau' lg sblum balik ke kolej sbb mls mkn kat kafe..lpas tu tghari tu sy mkn lah nasi lmak nyonya tu kt dlm blik...nsi lmak nyonya ni sdap..sambal dia tak pedas...org kata nasi lemak ni bgantung pd sambal dia..kalau sdap sambl tu mknanya sdap lah nsi lmak tu..tp kekurangan nsi lmak ni ialah nsi dia 'ciput' (sikit) je..jd ptg dlm pkul 5 sy dah mula rsa lpar...sy pun ajaklah ain syuhada turun kafe utk beli mknan...dah berangan dlm kpala otak nak mkn mskn pnas iaitu tomyam aym...tiba2 dah turun kafe tgok wak yg msak mskn pnas tiada sbb dia ambil cuti dmam...sdih & hampa sgt msa tu..sy dah lah lpar nsi waktu tu...jd nak tak nak sy pun sambar jelah nasi lmak..tak ada nsi lain dah masa tu...sbb sy btul2 lpar msa tu jd sy ambil 2 huhu...nsi lmak kafe ktho ni pula sambal dia pdas berapi..tp dah lpar mkn jela kan...smapi nsi lmak ke4 tu sy rsa muak sgt...rsa nk muntah tp telan jelah sbb rsa mbazir la pula kan kalau tak habiskan...tak tahu lah lpas ni berat bdan sy naik ke tak...risau2...lemah rsa mkn nsi lmak byk2 huhu...oklah tu je wasalam ^_^