Monday, 14 May 2012

Makan Malam KTHO

Assalamualaikum...maaf lah lmbt skit 'update' tntg mkn mlm kolej sy yg telah diadakan pd 10 Mei sbb sy pulang ke rumah hari tu jd bila dah balik rumah mls skit nak 'online' ni..mkn mlm in dinamakan sbgai Majlis Anugerah Pelajar atau MAP...MAP ini merupakan yg ke-15 pernah dianjurkan oleh kolej sy iaitu KTHO..menurut pengetua kolej sy, pd mulanya MAP ini diadakan hanya sekadar utk mencukupkan syarat thdap yuran yg telah dikenakan kpd para pelajar...stlh bberapa tahun kemudian barulah ia dianjurkan dgn gilang-gemilang utk meraikan kejayaan para pelajar kolej ini..itulah sdikit sbyk tntg mkn mlm kolej sy..


Oklah skrg tntg sy pula..sy ni merupakn slh seorg AJK majlis mkn mlm tsebut bhgian cenderamata...mula2 ingatkan AJK cenderamata ni senang rupa2 nya susah juga dan agak sibuk apabila majlis tsebut smakin hampir..yelah baygkn lah, hadiah utk pljr2 cmerlang, cenderamata perasmi & hadiah utk cabutan btuah perlu dibeli...jika byk sumbangan diterima maka mhal lah harga hadiah tsebut..

trofi utk pemenang
bunga utk penerima anugerah

cabutan btuah


Pd hari kjadian sy & kwn sy Nor Ain Syuhada dikerahkan utk menjadi 'gadis dulang'...tahu tak gadis dulang tu apa?...gadis dulang ini ialah org yg bwa sesuatu hadiah di ats dulang dan beri kpd penyampai hadiah utk diberikan kpd pemenang...ini bmakna sy dan ain perlu naik ke ats pentas dan tebalkan muka kami mghadap para tetamu yg hadir pd MAP tsebut..jd pd mlm itu sy sanggup tanggalkn cermin mata sy supaya tak nmpk org di dpn...sbb kalau sy nmpk org pndg sy (sbnrnya tak pndg tp biasalah perasaan kita bila dah malu) sy akn jd tketar2..
gadis dulang : sy ^_^

gadis dulang : ain syuhada
deko2 : zati isa @ eric leong :p

 sblum hari kjadian bberapa raptai telah dilakukan supaya majlis bjln lncar..yg kelakarnya, sy dan ain takut sgt kalau2 kami tsadung pd mkn mlm tu...mesti semua org gelakkn kami kalau kami jatuh kt ats pentas tu..dah lah semua org akn nmpk sbb semua mta ttumpu kt ats pentas utk tgok siapa yg menang..tp Alhamdulillah sy & ain dpt melakukan dgn baik pd mlm tu...tak tsampuk yg penting hehe...dan yg agk mggembirakan mlm tu kami dpt bjumpa dgn artis iaitu adam +VIP & FORTEEN...almaklumlah kami kan duduk di blkg takbir & artis tu pun akn lalu di situ sblum ke pentas...jd dptlah tgok mreka dpn2 & bgmbr..

bgmbr dgn forteen
bgmbr dgn adam

 oklah tu jelah ye...wasalam.. ^_^

Wednesday, 9 May 2012

Jenis-jenis kucing di dunia

Jenis kucing ini biasanya bertempat tinggal di kuil. Bahkan ada sebuah kepercayaan jika kucing kuil ini mati. Maka arwah kucing tersebut akan ditemani khusus oleh arwah pendeta (manusia).
Ciri-ciri kucing ini ialah :
* Berat badan antara 4-6 kg.
* Pola warnanya mirip dengan Colour point dengan lebih pucat pada telinga, muka, kaki dan ekor.
* Bulu ekor dan leher yang paling menonjol iaitu tebal dan halus
* Panjang tubuh kucing sedang tetapi berbentuk tegap.
* Telinga kucing ini berukuran sedang dan melengkung.
* Kucing ini sangat menyukai manusia.




Abyssinian adalah jenis kucing paling tua yang ada di dunia ini. Jika anda melihat kebudayaan mesir, anda pasti akan melihat gambar atau setidaknya patung kucing ini. Bahkan orang mesir zaman dahulu membuatkan kuil untuk kucing ini tapi bukan bererti kucing Abyssinian berasal dari mesir. Menurut penelitian kucing ini diperkirakan berasal dari ethiopia bahkan para ahli genetika juga berpendapat kucing ini berasal dari asia tenggara atau laut india.

Walau begitu Abyssinian dimurnikan dan menjadi jenis kucing murni di inggeris. Sedangkan ciri-ciri dari kucing Abyssinian adalah tubuhnya berotot, memiliki lengkungan leher serta bahu yang indah, mata dengan bentuk menyerupai almond dan telinganya yang besar.Kaki panjang dan langsing, kepala berbentuk segitiga dan ada sudut-sudut yang agak membulat. Ciri khasnya yang paling terlihat adalah Ticked Agouti (pola warna bulu yang berbintik-bintik)


 Ciri-ciri kucing ragdoll :

1. Mempunyai 4 jenis warna yaitu seal , blue, chocolate dan, lilac
2. Memiliki tubuh dan berat yang besar. Kucing Betina (5-7,5 kg) dan kucing jantan (6-10 Kg)
3. Bahagian dada lebar
4. Memiliki panggul yang besar
5. Bulu medium panjang dan teksturnya mirip dengan kelinci
6. Pada saat anak kucing, ragdoll lahir dengan warna putih kemudian baru warna-warna lain muncul.
7. Menjadi kucing dewasa pada umur sekitar 3 tahun

Jenis kucing ragdoll sangat akrab dengan manusia. Jadi tidak usah khawatir dia akan tidak jinak kepada anda.



Kucing Siamese berasal dari negara yang bernama Siam.

Ciri kucing siam adalah seperti berikut :
* Bentuk tubuh panjang, langsing dan berotot
* Tubuhnya yang langsing dan anggun
* Kepala kecil dan berbentuk segitiga
* moncongnya mancung,
* Bermata biru
* Telinga yang lebar
* bulu pendek dan halus
* Ada warna kontras di ujung-ujung tubuh seperti kaki, telinga, mulut, ekor,hidung dan sekitar mata

Kucing Maine Coon asalnya dari Maine, AS. Keturunan Angora dan American Shorhair. Sifatnya lucu, pemalu tapi mau, dan mudah akrab. Bulunya tipis, lembut, dan warnanya beragam

Kucing British Shorthair
Dari namanya pastilah tertebak asalnya yaitu Inggris. Kucing ini kalem, lembut, hangat, dan pintar. Warna bulunya ada yang polos (putih,hitam,biru,merah dan krem), dwiwarna, hitam pekat, belang.



Ahli Keluarga Baru

Assalamualaikum...nak cerita sikit..sy dah dpt saudara baru..bukan ank saudara tp kucing hehe..lepas kematian , mak & ayh sy cuba cari kucing baru utk sy...Alhamdulillah ada org kat kg sy tu sudi bg seekor ank kucing sderhana bsar kt ayh sy...percuma je tak perlu byar wlaupun kucing tu cantik sbab bulu dia kembang..

mggu lpas sy balik ke K.Lipis...sy balik hari jumaat dgn akak sy..ayh sy dpt kucing tu hari sabtu..pd mulanya, hari jumaat tu sy rasa sedih sgt...rasa lain je...selalu bila sy balik ke rumah sy akn pggil kucing sy tu meow,meow..tp hari jumaat tu sy tak buat mcm tu..rasa lain sgt...biasanya kalau sy balik mesti dia sambut tp hari tu tiada..nasib baik hari tu semua keluarga sy bkumpul jd tak lah rasa sunyi sgt kan...tp bila sy duduk seorg diri dlm blik rasa sdih juga lah sbab teringat kat dia..

dan pd hari tu jugalah sy tahu berita sbnr yg Boteq tu mati bukn disebabkan kena langgar kereta tp sebab dia mkn racun...mak ayh sy tak nak beritahu bgaimana Boteq mati sbnrnya sbb takut sy lg sedih...tp abg sy kesian kat sy dan dia fkir smpai bila nak sembunyikan pkara sbnr drpd sy kan..puncanya apabila ayh sy nak racun seekor kucing yg jht yg sering mkn anak arnab ayh sy...tp malangnya kucing sy pula yg termakan racun tu...menggelupur jugalah kucing sy menahan panas akibat mkn racun tu...ayh sy cuba juga bg dia minum air kelapa..smpai bdarah2 jugalah tgn ayh sy mengait kelapa tu..tp tak bhasil..kucing sy tetap mati...
tp sy redha dan boleh terima hakikat yg dia sudah tiada...syukur juga sy tak balik masa dia mati hari tu sbab sy tak sanggup nak tgok cara dia mati..rasa tseksa sgt..

dah lah cerita sdih...nk cerita gembira pula...berbalik pd tajuk 'post' ni kucing sy yg baru tu bnama Mona..kat bwah ni sy muat turun kan gmbr dia...sikit je...mlas nk ambil byk2...takut tlupa pula kt Boteq ku syg hihi...oklah tu saja wsalam...




Wednesday, 2 May 2012

Berita Terkini

Assalamualaikum...kembali bersama sy Miss Hena..berita secara lgsg dr makmal 3 FEP...hehe...cuma nk cerita yg ank2 kucing sy iaitu ank Boteq hanya tggl seekor shj skrg ni...yg lain semua dah mati...mungkin sy tak sempat nak tengok lg seekor tu esok...emmm sgt sedih tp nak buat mcm mana kan...tp sy bharap sgt yg slh 1 keturunan Boteq tu hidup...utk esok je pun tak apalah..

smlm sy baru shj telefon mak ayh sy dan mereka ckp kalau semua kucing mati mak ayh sy akn cari kucing baru utk sy...tp yg penting jantan lah..mak ayh sy tak nak ambil betina sbb dia akn mengandung..mak ayh sy tak suka bela kucing byk2 kat rumah...takut terberak terkencing...mesti kucing tu kena buang...kalau tak kena buang, kena langgar pula...em susah sbnrnya nak bela kucing di kwsn rumah sy ni sbb rumah sy mmg betul2 tepi jln raya...tp sy tetap dan tak kan serik utk bela kucing hehe...

oklah itu shj...nti kalau ada apa2 pkembangan sy akn 'post' lg...Wasalam...

Tuesday, 1 May 2012

Takdir Allah

Assalamualaikum...sperti yg kita tahu hidup kita ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T. sejak kita lahir lg..bg org Islam kita perlu beriman kpd qada' dan qadar iaitu merupakan kpercayaan nombor 6 dlm rukun Iman...maksud percaya atau beriman itu ialah yakin dgn kepastian dan ketentuan yg ditentukan oleh Allah di alam semesta..

buat pengetahuan semua sy baru shj kehilangan kucing ksygn sy yg sy pernah pos sbelum ni tntg dia baru melahirkn ank dlm pos detik2 cemas..dia mati pd hari sabtu yg lalu, 28 april 2012...tp sy tahu berita itu slps 2 hari kematiannya...emak & ayh sy tak nak beritahu pd mulanya krn takut sy sedih...tp mungkin mereka fkir tak adil jika sy tak tahu tntg keadaan kucing sy...akhirnya akak sy mberitahu pkara tsebut dan menerangkan bgaimana kucing itu mati..

ni bukn kucing sy ye...contoh je :)
Sperti sbelum ini, boleh kata semua kucing sy mati krana dilnggar kereta...hal ini blaku krna rumah sy adlh di tepi jalan raya..jd risiko bg kucing mati itu sgt tggi...tp sy tak pernah serik utk bela kucing sbb bg sy kucing itu adlh adik sy...sy rasa begitu krn drpd kecil sy tiada adik & sy sgt inginkn adik ttpi takdir telah mnentukan yg sy tiada adik...kucing lah tmpt sy luahkan perasaan dan setahu sy kucing merupakan pendengar yg tbaik...wlaupun dia tidak mberikn apa2 respon ttpi dia mberi phatian apabila kita mnceritakan sesuatu kpdnya...jd kita akn rasa dihargai..

tkilan sgt sy tak balik hujg mggu yg lalu...kalau tidak mesti sy sempat lg bjumpa dgn Boteq buat kali terakhir..tp syukur Alhamdulillah sy sempat ambil gmbr & cium Boteq sbelum sy balik ke UKM cuti mid sem dulu...

dulu masa sy kat matrik, kucing sy masa tu pun mati lg 2 hari sbelum sy nak balik ke Kuala Lipis...mungkin kucing2 ni tak nak sy menangisi pmergian mereka huhu...

boteq tinggal kenangan~ ;(
tp skrg Boteq dah tiada...sgt sedih...hanya Allah shj yg tahu bgaimana perasaan sy waktu tu...bila sy teringat tntgnya atau tpandang gmbr dia mesti hati rasa sayu dan senang je air mata mengalir...tp sy tenangkn hati dgn yakin bhw ada hikmah disebalik kejadian ni...semua yg tjadi Allah telah tetapkn...plg merisaukn sy ialah tntg keadaan ank2nya yg yatim piatu...ank2nya baru berusia 2 mggu...mak sy cuba bg air susu tin tp mereka tak pndai...mereka bukn minum tp 'mandi' huhu...

Emmm....tak sabar sgt nak balik tengok keadaan ank2 kucing tsebut...tp entah sempat atau tidak kerana seekor drpd 5 ank kucing itu tlah mati smlm...hrap2 dptlah bjumpa dgn kucing2 tu utk lpaskn rindu pd ibunya...

Monday, 23 April 2012

Contoh Anak Yg Baik


Salam...ini ada kisah tntg ank yg baik... juga dpt dr iluvislam... Slmt mbaca...
Ada sebuah kisah yang menyentuh hati mengenai anak yang taat kepada kedua orang tuanya. Pada zaman Nabi Musa a.s terdapat seorang pemuda yang memuliakan ibu bapanya. Lalu Nabi Musa a.s pergi ke rumah pemuda itu untuk melihat apakah amalan yang dilakukannya itu. Setelah memberi salam pemuda itu menjemput Nabi Musa a.s masuk ke dalam rumahnya. Baginda kemudian duduk di ruang tamu rumah pemuda tersebut.
Namun pemuda itu tidak melayan Nabi Musa a.s. Nabi Musa hairan dengan tingkah laku pemuda itu. Pemuda itu terus masuk ke dalam bilik. Kemudian beliau keluar dan membawa seekor khinzir betina keluar dari bilik itu. Dia mendukungnya dengan cermat, kemudian memandikannya. Nabi Musa sekali lagi kehairanan dan berbisik di dalam hati baginda "apakah ertinya semua ini?"
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu khinzir itu dilap hingga kering serta dipeluk dan dicium kemudian dihantar semula ke dalam bilik tadi. Selepas itu pemuda itu keluar semula dengan seekor khinzir jantan pula dan lebih besar sedikit daripada yang tadi. Dia kemudian melakukan hal yang sama seperti khinzir yang sebelumnya juga.
Selepas semua kerja selesai barulah dia melayan Nabi Musa a.s. Lalu Nabi Musa a.s bertanya kepada pemuda itu tadi "Apakah agama tuan?" "Islam agamaku"jawab pemuda itu ringkas. "Habis kenapa kamu membela khinzir?" tanya Nabi Musa a.s lagi.
Wahai tuan hamba kedua-dua khinzir yang aku dukung, dan aku mandikan itu tadi adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mnereka banyak melakukan dosa besar, Allah menukarkan rupa mereka kepada rupa khinzir yang hodoh. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya sama Allah. Aku sebagai anak tetap melaksanakan tanggungjawabku kepada mereka berdua. Hari-hari aku berbakti kepada kedua orang tuaku itu sepertimana yang tuan hamba lihat tadi".
"setiap hari aku berdoa semoga Allah berikan rupa ayah dan ibu muka rupa mereka yang asal, tetapi Allah belum lagi mengkabulkannya," tambahnya lagi.
Maka ketika itu juga Allah berfirman dan menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s "Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti hasil  baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Walaupun Ibu bapanya buruk dan hodoh dengan rupa khinzir, dia tetap juga berbakti. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami".
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga".
Sayangi dan hargailah ibu bapa kita sementara kita masih bernyawa. Ibu bapa yang masih punya nafas selayaknya mendapat kasih sayang kita sepenuhnya walau di mana kita berada. Walau siapa juga kita. Seandainya ibu bapa kita sudah pergi meninggalkan kita, itu maknanya tangungjawab kita sebagai anak baru sahaja bermula.

Cinta 'High Class'


Salam ini ada sedikit info yg sy dpt dr iluvislam...slmt mbaca... ^_^
Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,Cintamu bermujahadah menahan nafsu.
"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)." (HR al-Tarmizi).
Wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.
Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.
Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.


Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class.  Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah.  Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.
Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.
Mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.
Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.
Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. 
Itu tanda patuhi Allah.Itu tanda jauhi fitnah.Itu tanda sebuah mujahadah.