Monday, 23 April 2012

Contoh Anak Yg Baik


Salam...ini ada kisah tntg ank yg baik... juga dpt dr iluvislam... Slmt mbaca...
Ada sebuah kisah yang menyentuh hati mengenai anak yang taat kepada kedua orang tuanya. Pada zaman Nabi Musa a.s terdapat seorang pemuda yang memuliakan ibu bapanya. Lalu Nabi Musa a.s pergi ke rumah pemuda itu untuk melihat apakah amalan yang dilakukannya itu. Setelah memberi salam pemuda itu menjemput Nabi Musa a.s masuk ke dalam rumahnya. Baginda kemudian duduk di ruang tamu rumah pemuda tersebut.
Namun pemuda itu tidak melayan Nabi Musa a.s. Nabi Musa hairan dengan tingkah laku pemuda itu. Pemuda itu terus masuk ke dalam bilik. Kemudian beliau keluar dan membawa seekor khinzir betina keluar dari bilik itu. Dia mendukungnya dengan cermat, kemudian memandikannya. Nabi Musa sekali lagi kehairanan dan berbisik di dalam hati baginda "apakah ertinya semua ini?"
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu khinzir itu dilap hingga kering serta dipeluk dan dicium kemudian dihantar semula ke dalam bilik tadi. Selepas itu pemuda itu keluar semula dengan seekor khinzir jantan pula dan lebih besar sedikit daripada yang tadi. Dia kemudian melakukan hal yang sama seperti khinzir yang sebelumnya juga.
Selepas semua kerja selesai barulah dia melayan Nabi Musa a.s. Lalu Nabi Musa a.s bertanya kepada pemuda itu tadi "Apakah agama tuan?" "Islam agamaku"jawab pemuda itu ringkas. "Habis kenapa kamu membela khinzir?" tanya Nabi Musa a.s lagi.
Wahai tuan hamba kedua-dua khinzir yang aku dukung, dan aku mandikan itu tadi adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mnereka banyak melakukan dosa besar, Allah menukarkan rupa mereka kepada rupa khinzir yang hodoh. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya sama Allah. Aku sebagai anak tetap melaksanakan tanggungjawabku kepada mereka berdua. Hari-hari aku berbakti kepada kedua orang tuaku itu sepertimana yang tuan hamba lihat tadi".
"setiap hari aku berdoa semoga Allah berikan rupa ayah dan ibu muka rupa mereka yang asal, tetapi Allah belum lagi mengkabulkannya," tambahnya lagi.
Maka ketika itu juga Allah berfirman dan menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s "Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti hasil  baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Walaupun Ibu bapanya buruk dan hodoh dengan rupa khinzir, dia tetap juga berbakti. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami".
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga".
Sayangi dan hargailah ibu bapa kita sementara kita masih bernyawa. Ibu bapa yang masih punya nafas selayaknya mendapat kasih sayang kita sepenuhnya walau di mana kita berada. Walau siapa juga kita. Seandainya ibu bapa kita sudah pergi meninggalkan kita, itu maknanya tangungjawab kita sebagai anak baru sahaja bermula.

Cinta 'High Class'


Salam ini ada sedikit info yg sy dpt dr iluvislam...slmt mbaca... ^_^
Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,Cintamu bermujahadah menahan nafsu.
"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)." (HR al-Tarmizi).
Wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.
Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.
Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.


Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class.  Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah.  Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.
Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.
Mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.
Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.
Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. 
Itu tanda patuhi Allah.Itu tanda jauhi fitnah.Itu tanda sebuah mujahadah.

Wednesday, 18 April 2012

Detik2 Cemas

Salam...di sni sy nk kongsi 1 cerita gembira buat sy (tajuk kt ats detik2 cemas tiba2 kt sni gembira pula kan)...tp sy tak pasti lah bg anda ia gembira atau tidak hehe..kucing sy si Boteq@bunting telah pun melahirkan ank pd jam 2pg 16 april yg lalu...yg 'best'nya, sempat lg dia melahirkan ank sebelum sy balik ke bangi..huhu...sy sgt gembira & tharu...ayh sy ckp dia nk tunjuk juga ank dia kt sy sb tu dia paksa jug beranak pg tu hehe...

mlm isnin tu bsamaan 15hb kucing sy 'meow2' byk kali minta sediakan tmpt utk dia beranak..sy dah sediakan 1 bakul beralaskn surat khabar & kain tp dia tak nak...lepas tu sy fkir mungkin bakul tu agk kecil utk dia...jd sy tukar bakul tu kpd besen dan alaskn dgn benda yg sama..dia tetap tak nak...puas sy merayu pd dia utk duduk dlm tu tp dia tetap cari tmpt lain...

 drpd bising2 td tu, terus tiba2 senyap...sy dah risau takut dia duduk kt tmpt yg tak sepatutnya..sy takut je dia dpt masuk dlm blik yg ada tmpt lipatan kain...sbb biasanya kucing ni lebih selesa beranak kt tmpt bkain..pintu blik semua sy dah tutup tp takut juga lah dia dpt masuk..sy cari punya cari akhirnya sy jumpa dia dlm kabinet dekat dapur...dia duduk dlm tu...diam je spt menahan sakit...kesian tgok...jd sy bwa dia masuk dlm blik sy..

di blik sy dia nk duduk dlm selimut...dia nk diri dia diselubungi selimut...sy pun letak lah dia dlm tu...tp takut juga dia tak dpt bernafas..kejap2 dia berubah cara baring dia mungkin tak selesa dgn keadaan perut yg sgt bsar & tmbh sakit lg...tak lama tu tiba2 dia turun dari katil...sy pun pelik...sy tgok kt selimut basah2 mcm air campur drah sikit..rupa2nya air ketuban dia dah pecah...sy letak balik dia kt selimut tu..

ni jelah cara yg dia boleh baring dgn selesa ^_^


nmpk tak selimut sy wrna 'pink' tu hehe




 masa ni sy rsa risau sgt2...bila air ketuban dah pecah mknanya dah nk beranak kan...sy dah kelam kabut masa tu...tugasan sy dah lah tak siap lg...sy dah pening...nk buat kerja pun dah tak boleh jd uruskn dia dulu...sy letak dia dkat besen yg dia tak nak duduk td...akhirnya dia akur...sy letak skali selimut tu bg dia lebih selesa utk beranak...sy tggu juga dia lahirkan ank..siap urutkan perut dia lg bg ank tu keluar tp tak keluar2 juga...sy tggu juga smpai pkul 2.30 pg tp belum juga keluar...sy dah tak tahan sgt jd sy masuk tidur tnpa selimut...nsib baik mlm tu tak sejuk..huhu (demi kucing tsyg)..

pg tu pkul 7 pg slps mandi, solat & bsiap2 utk pulang ke bangi, sy pergi melihat dia...tgok2 dia dah beranak...ada 6 ekor anknya...mak sy sgt tkejut sbb tlalu byk...si Boteq ni sbnrnya masih dlm usia remaja bg kucing tp t'kahwin awl hehe...bdn dia & suara dia kecil je...dan masih manja tp nk buat mcm mana kan..tak apa mungkin lpas ada ank ni dia akn jd lbih matg hehe..

cuba kira ada brapa ank dia hehe...mesti tak dpt jumlah 6 kan?? :p
tu jelah ceritanya...sy nma kn cucu2 sy ni sbgai momo,bobo,popo,qoqo,xoxo & yoyo...hehe..idea ni drpd Sharifah Nadia Syed Mahaba.. oklah itu shj Wasalam.. ^_^

Thursday, 12 April 2012

takut2 berani :p

Salam...sy ni sbnrnya seorg yg agk penakut utk mencuba sesuatu yg baru..rasa nk cuba tp takut menjadi pghalang..contohnya sprti bwa motor & kereta...umur dah hampir 20 tp masih tiada lesen..sedih..kwn2 sebaya sy hampir semua dah ada..td pun buka 'facebook' ada kwn2 sy 'post' yg mereka dah habis lesen P....untunglah~...sy ni bukn je tak ada lesen malah nak bwa mtor keluar dr rumah pun sy takut, tak berani...sbb tu juga lah ayh sy mcm tak yakin dgn sy & tak bg sy bwa mtor sebelum ni..

         tp smlm sy cuba juga bwa mtor sbb smpi bila kn sy nk hrapkan ayh atau abg sy utk hantar sy bila nk jumpa kwn2 pdhal dlm kg ni je...tp dah penakut kn huhu...jd, nk tak nak smlm sy cuba juga bwa mtor tu keluar dr kwsn rumah...tp mula2 tu abg sy iring sy dr blakg...sbb baru lg kan...buat masa ni Alhamdulillah sy tak bselisih lg dgn kereta...almaklumlah jln kg ni kecil je...kalau bselisih mmg harulah juga sbb sy takut sy mggelabah pastu tpulas minyak lpas tu jatuh huhu...harapnya tidaklah..

        bila dah pndai bwa ni mulalah sy jd ketagih nk bwa mtor tu lg...hari ni sy kluar lg bwa mtor pergi ppustakaan kg sy utk melayari internet...sbb tu sy boleh 'update' blog hari ni hehe..em skrg ni sy tak sabar pula nk belajar kereta...mesti nanti lg ketagih kan...pantang dpt kunci mesti nak merayau je kerja nya hehe..tp nanti senang nak bwa mak ayh sy pergi bandar K.Lipis..

         kadg2 rasa menyesal pun ada sbb tak nak belajar awl2 mtor & kereta ni...kalau tahu seronok mcm ni dah lama sy belajar...cuma sy perlu yakin sikitlah dgn diri sy yg SAYA MAMPU MENGUBAHNYA! haha..doakan sy ye supaya sy boleh bwa kereta & mtor dgn jayanya...sy nk ada lesen utk dua2 knderaan ni...doakan supaya sy dipermudahkan ye...aminnn~...oklah sekian shj...Wsalam ^_^

Wednesday, 11 April 2012

Sahabat Baikku ^_^

Salam.....diam tak diam dah 5 hari sy kat K.Lipis mghabiskan cuti ptengahan semester sy yg bmula pd 7 April sehingga 15 April ni...tp 14hb sy dah kena balik ke Bangi sbb ada program hmm...rasa skejap je cuti ni...bila kita rasa gembira mesti cpt je masa blalu kan...duduk di rumah ni lebih seronok bbanding duduk di kolej sbb kat rumah boleh mkn mskn ibu (tak perlu jumpa wak kafe yg diskriminasi dlm pletakan hrga mknan huhu), boleh tgok tv, boleh main dgn kucing n boleh kluar jln dgn kwn2 kt kg huhu...

              sebut pasal jln dgn kwn2 ni, sy baru je keluar dgn kwn2 baik sy semalam...suka sgt dpt jumpa dgn mereka sbb dah 2,3 bulan jugalah kami tidak bjumpa..mereka ni kwn baik sy sejak sekolah menengah...dah hampir 7 tahun kami b'kwn...sy suka sgt kwn dgn mereka sbb mereka pndai jga hati sy, pndai simpan rahsia, memahami & mereka terima sy seadanya huhu..kalau sy ada mslh sy akn cerita pd mereka...& hampir semua rahsia peribadi sy mereka dah tahu...tp tak tahu mereka ingat lg tak hehe..



          tp nk jd kwn baik mcm skrg bukn mudah sbb kami bukn terus jd kwn bik masa kami mula2 kenal...kami pernah bgaduh, bmasam muka & meluahkan rasa tidak puas hati masing2 scra 'face to face'...perit woo~ masa tu..tp lpas bberapa hari kemudian, bila masing2 dah sedar kslhn masing2 kami akn meminta mf..kalau segan minta mf dpn2 kami akn minta mf melalui msej...byk kali jugalah kami gaduh dan Alhamdulillah skrg dah jd kwn baik dah pun...mcm tak percaya je hehe....tp syukur sbb ptengkaran itulah yg mbuatkan kami smakin pndai menjaga hati masing2 supaya tiada yg tluka hehe :p..


oklah tu jelah kot...ni ada gmbr kami masa kluar smlm...comel tak kami hehe...Wsalam ^_^


kami sahabat ^_^
setiap seorg drpd kami mpunyai bear ni
tnda kami bsahabat huhu :p
ini gmbr kedua2 shbt sy tgah bkaraoke :D



Sunday, 8 April 2012

Wanita Solehah

Salam...nak tahu tak tntg ciri2 wanita solehah???mungkin ramai dah yg tahu tp saja nk kongsi lg...boleh kan hehe :p..kat bwh ni ada sdikit sbyk ilmu yg sy dpt dr iluvislam...silalah baca ^_^...





Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :


1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga


Tambahan Hadis: 
Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa’di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman:Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.(Taisir, hal. 177)
Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)