Assalamualaikum..sejak akhir2 ni sy rasa sgt ttekan..mungkin krn tlalu byk tugasan yg perlu disiapkan & mungkin disebabkn mslh2 peribadi yg lain..bila ttekan ni rasa nk mrh org je..pdhal org tu tak bsalah tp dia pula yg jd mgsa keadaan..sy nk minta mf kt sni trutamanya pd kwn2 sy iaitu
nur izzati, nor ain syuhada & sharifah nadia.. hrap sgt korang semua baca apa yg Hena tulis ni & harap korang dpt maafkan segala dosa2 Hena slama ni...maaf ye kwn2 ;(..maaf tak dpt jd kwn tbaik utk korang..
Em ni ada sdikit sbyk 'tips' utk hilangkan tekanan..utk dibaca bsama ^_^..
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan
mudah diselesaikan. Selain itu kita juga akan diangkat darjat dan
dicintai Allah.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu: Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Sukakah kamu semua
sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat
menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian?
Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Maka Baginda saw pun bersabda:
Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu walaupun dalam keadaan yang tidak
disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya) (Hadis riwayat Muslim)
Firman Allah: Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai
orang-orang yang bersih (Al-baqarah : 222)
2) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan.
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak
yang cergas. Segala tekanan sewaktu belajar akan dilupakan apabila kita
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita
meluangkan masa bersama rakan atau keluarga pergi beriadah. Ikatan persahabatan dan kekeluargaan juga
akan bertambah erat dan kukuh.
Islam menganjurkan kita mempelajari berenang, melimpar panah, menunggang
kuda dan sebagainya.
Al Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w
pernah mengelilingi para sahabatnya dalam kumpulan-kumpulan melimpar
panah seraya mengalakkan mereka katanya `Limparlah kamu dan aku juga
akan menyertai kamu sekalian
Rasulullah bersabda `Allah lebih menyayangi orang Mukmin yang kuat dari
orang Mukmin yang lemah
Pepatah Arab yang berbunyi 'Akal yang sihat adalah dari badan yang
sihat'
3) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an.
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti
ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai
teman paling akrab pada sepanjang waktu.
Hazrat Abu Sa'id r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Allah Taala berfirman, Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk
mengingatiku dan berdoa kepadaku kerana sibuk dengan al-quran maka aku
akan mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan
kepada orang yang berdoa kepadaku. Ketinggian perkataan Allah Taala ke
atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah Taala ke atas
segala makhluk (ciptaanNya) . (Hadis riwayat Tirmizi, Darimi, dan
Baihaqi) "Sesungguhnya al-Quran ini adalah tali Allah yang kukuh, ia cahaya Allah
yang menyinar, ia pengubat yang mujarab, selamat sesiapa yang berpegang
dengannya dan berjaya sesiapa yang mengikutinya (berittiba'
dengannya)".
4) Amal diet dengan disiplin yang kuat.
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan
salah satu faktor tekanan sewaktu belajar. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing
manis.
Fakta Sains menyatakan: Tekanan dapat mengurangi vitamin B dari tubuh dan mengurangi penyerapan
nutrisi vital. Menjadi penting untuk memastikan makanan memiliki diet
yang seimbang. Memakan makanan yang
betul dan menjaga diet seimbang dapat menolong mengurangi tekanan dan
mendorong lebih banyak tenaga. Cuba untuk membuat waktu makan menjadi
tenang dan santai.
5) Banyakkan Solat Sunat.
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan
amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat.
Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara
pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada
sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh
ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
"Dan pada sebahagian malam dirikanlah solat sebagai solat tambahan
bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu akan meletakkan engkau di suatu tempat
yang terpuji." (Surah al-Israk : 79)
6) Hargai kebolehan diri sendiri.
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu
belajar atau bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh
dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting
ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup
dengan lebih ceria.
Petikan kata-kata motivasi Dr Fadzilah Kamsah:
Yakin diri bermaksud kita ada kawalan penuh terhadap semua yang kita
cakap dan semua yang kita buat. Untuk membina sikap yakin diri, terlebih
dahulu: Anda kena berlatih mengawal perbuatan anda dan mengawal
percakapan anda. Fikir dulu sebelum buat, fikir dulu sebelum cakap.
Masalah tidak yakin diri akan mula timbul bila anda bercakap
tergagap-gagap, teragak-agak, cakap main lepas dan anda dikawal oleh
emosi. Anda akan mula mendapat kawalan penuh pada percakapan dan
perbuatan apabila anda selalu bertenang. Elak untuk membiasakan diri
mempamer air muka yang tegang, yang stress, yang 'blur' atau yang
bingung. Itu petanda emosi menguasai anda, bukan anda yang menguasai
emosi. Biar kita nampak 'cool' dan tenang-tenang saja, barulah keyakinan
diri kita ada dan kekal lama. Ketenangan ambil sedikit masa untuk
dikuasai, namun ia boleh dikuasai melalu latihan berterusan juga
lakonan berterusan. Lakonan bagaimana? Berlakon menjadi orang yang tenang
saja, tenang setenang-tenangnya. Jika sebelum ni anda orang yang tak
yakin, bahkan tidak ada keyakinan, lakukan latihan ketenangan diri.
Pejamkan mata untuk seketika, bernafas perlahan-lahan dan diamkan diri
seketika. Amalkan setiap hari, supaya anda merasa tenang selalu, lantas
membangkitkan sikap yakin diri.
Orang yang kita nampak yakin, biasanya tenang-tenang
saja. Program minda/cuci minda. Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak
aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,
aktif, positif. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur
dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat
kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi
positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang
negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi
negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi
negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan
menjalani hidup penuh dengan tekanan.
Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah
persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula
dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati dengan memprogram minda 7
saat sebelum kita tidur.
7) Selalu berdoa kepada Allah.
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan
dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada
malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya,
ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa
setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar
bahawa sebarang kemahuan tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa
usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya
mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
Dan Tuhanmu telah berfirman, Berdoalah kepada Ku, Aku akan perkenankan
untukmu. (Surah al-Mukmin: 60)
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (katakanlah)
bahawasanya Aku ini sangat dekat, Aku memperkenankan permohonan orang
yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu (Surah al-Baqarah: 186)
8) Cintai diri sendiri.
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa
kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu dalam situasi memahami
dan menyintai orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap
lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang terbaik.
Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan
senyuman. Senyuman itu umpama pemakai wangian yang bukan hanya si
pemakainya sahaja yang harum, namun keharuman itu turut dirasai orang
sekitarnya.
Kepentingan cinta kepada diri sendiri mendorong seseorang untuk menjaga
dan menghargai diri sendiri, mengambil berat terhadap kesihatan dan
mengambil berat terhadap kesejahteraan jasmani dan rohani.
Cinta jasmani mendorong seseorang sentiasa menjaga diri, menjaga
kebersihan, mengambil pemakanan secara seimbang, mengambil berat
terhadap keperluan pemakanan halal dan baik, merawat ketika sakit dan
sentiasa berikhtiar untuk mencari ubat apabila menghidap penyakit.
Cinta rohani membangkitkan rasa yakin dan ingin mendekati Al-Khaliq yang
mana segala apa sesuatu di bawah kendalian-Nya.
Rasulullah bersabda dengan bermaksud: Tiga sifat sesiapa yang
memilikinya akan merasakan kelazatan iman iaitu jika ia mencintai Allah
dan Rasulnya lebih dari yang lain. Jika dia mencintai sesama manusia
semata-mata kerana Allah dan jika ia enggan kembali kepada kekufuran
setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia enggan dimasukkan
ke dalam neraka Mutafakun alaih.
9) Mengadu hanya kepada Allah.
Mungkin tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain
dapat diredakan melalui luahan hati dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan
tersebut dalam hati kadangkala boleh menyebabkan diri merana. "Luaran
lain, hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami
sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan
mereka itu. Bagaimanapun langkah terbaik sebagai Muslim ialah bersabar
dan mengharap Allah semata-mata.
Firman Allah swt 'Orang2 bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang mahupun
sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain.
dan Allah mencintai org yg berbuat kebaikkan' (Al-imran:134) 'Orang2 yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah,
bahawa dengan mengingati Allah, hati itu akan menjadi tenteram.'
(Ar-Ra'd:28)
Nabi SAW bersabda bermaksud : '
sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah
akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga
Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari' (hadith
riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi) 'tidak ada seseorang hamba menahan marah kerana Allah SWT melainkan
Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan' (hadith riwayat Abu
Daud)
10) Bersangka baik dengan Allah.
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Yakinlah
yang ianya adalah kesilapan dari kita sendiri. Oleh itu, kita mestilah
bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi
sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada
hikmah di sebalik kejadian itu.
"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah lagi (bakhil
kedekut); apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan
pabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut." (Al-Maarij:19-
21) Allah berfirman: Aku sentiasa bersama apa yang disangkakan oleh
hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia
berzikir dalam dirinya Aku akan mengingatinya seperti itu juga. Jika dia
berzikir di khalayak ramai, Aku akan mengingatinya di khalayak yang
lebih baik dari itu. Jika dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan
mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku akan
mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku berjalan, Aku akan datang
kepadanya dengan berlari-lari anak. (Al-Bukhari) 'Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu.
Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih
baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan
pun
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.
Dan ni ada sedikit doa utk hilangkan tekanan..
Bukan saja untuk hilangkan tekanan belajar malah doa ini adalah umum,
segala jenis tekanan. Cuma perlu diingatkan, berdoa
dengan penuh mengharap dan anda sendiri faham maksud doa tersebut. Allah
dah nyatakan, mintalah dan Dia akan makbulkan. Yang penting, jangan
putus berdoa.

sekian wasalam.. ^_^